awas! sebelum anda membaca, ingatlah cerita dibawah hanyalah penulisan lawak dan tidak melambangkan personaliti sebenar penulis. Penulis tidak menyokong yahudi dan ataupun lobbyist zionisme.
----------------------------------------------------------------------------
Mak! Afif takutlah tengok berita pasal Palestin, banyaknya orang mati!
"yahudi memanglah kejam, Afif. Dunia akan lebih aman kalau tidak ada yahudi"
Mak, kalau dunia tanpa yahudi macam mana?
"Mari anakku kita lihat...."
------------------------------------------------------------------------
"Afif bangun, nanti lewat ke sekolah"
Baik mak.. Afif mandi sekarang
Dan Afif pun bangun lalu mencapai tuala yang disangkut di dinding dan terus ke bilik air.
Brrrrr.. mak! sejuk la.. Kenapa water heater tak working?
"Afif, ini dunia tanpa yahudi. Iaitu tanpa Albert Einstein yang menerangkan wave particle duality, solar panel yang dulu memanaskan air tidak wujud"
Oh begitu ya mak, takpalah.. Afif tak mandi, afif kan wangi! heeee~
"Tapi cepat siap! nanti ayah marah kalau lambat"
Jap, afif nak ambik pensel box afif. Eh mak! mana pergi semua pen afif?
"Ball point pen direka oleh Lazlo Biro pada tahun 1938, juga seorang yahudi"
Oh ya ka mak? takpalah, nanti on the way pergi sekolah afif mintak ayah berhenti kedai buku beli pensel banyak2 :D
POOONNN! POOONNN!!
"ha cepat, ayah kamu dah panggil tu. Nanti dia marah!"
Jap afif pakai seluar.. eh mak! mana pergi semua seluar jeans afif?
"afif, tanpa Levi Strauss seorang yahudi Amerika. Jeans tidak wujud"
takpala, afif pakai kain pelikat aja :D
"eh cepat! nanti ayah kamu marah"
Afif pun sepantas kilat keluar ke rumah. Namun apabila melihat didalam kereta bukan ayahnya tetapi seorang berketurunan jepun dalam lingkungan umur 50-an
Eh mak! mana ayah?
"Itu lah ayah kamu... tanpa yahudi seperti J. Robert Oppenheimer, bom atom tak dapat dicipta jadi jepun tidak kalah perang Dunia ke-2."